If you are somewhere around the Merdeka Square on 1st of May, join the parade starting at 10 a.m.
DEKLARASI MEI 1, 2006
Sempena dengan Sambutan Hari Pekerja, 1 Mei 2006, kami para pekerja yang berhimpun di sini menuntut kerajaan Malaysia dengan segera:
Ø Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Bekalan Air.
Ø Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Hospital.
Selain itu, kami menuntut kerajaan Malaysia membuat undang-undang baru untuk menjamin dan membela hak rakyat tertindas:
1) Hentikan rancangan untuk mengimplementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST)
2) Ambil langkah-langkah untuk memiliknegarakan (nationalisation) semua kemudahan asas seperti institusi pendidikan, bekalan letrik, kesihatan dan air kerana adalah tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kepentingan pekerja-pekerja Malaysia dan keluarga mereka.
3) Gubal AKTA GAJI MINIMA untuk semua pekerja Malaysia dan mansuhkan polisi gaji murah.
4) Gubal undang-undang pembentukan kesatuan sekerja secara automatik.
5) Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita, termasuk dalam sektor informal.
6) Mengubal undang-undang Anti Gangguan Seksual yang melindungi pekerja wanita di tempat kerja
7) Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis dan imigresen.
8) Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA,OSA, Akta Universiti & Kolej Universiti, Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
9) Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, di bina di lokasi strategik, saiz rumah yang sesuai, sistem rumah campuran serta tabung perumahan untuk memberi bantuan kepada pembeli yang kurang mampu.
10) Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.
11) Beri kepentingan kepada sektor pertanian dengan peruntukkan tanah dan subsidi yang cukup, demi menjamin produktiviti dalam negara yang mampu menampung keperluan makanan asas rakyat. Elakkan pengkopratan sektor pertanian dan galakkan sistem koperasi petani.
12) Pastikan pemuliharaan sistem alam sekitar yang menyeluruh. Kami membantah apajua usaha menswastakan sumber alam semulajadi. Sistem ekologi mestilah dipelihara tanpa motif keuntungan dan komersil.
13) Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.
14) Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
3 comments:
Is the foreign ownership of Malaysian utility and basic amenity companies a good thing?
I much prefer that they stay in our own peoples’ hand. We can have a bigger say in the decision making. But first of all, our government should be more accountable and transparent. Just wonder if we accept the financial aid from IMF during our crisis time, what will happen to Malaysia?
I'm not sure but if you look at other countries, they seem to have recovered now and they have a stronger base for democracy and a better foundation for business.
Post a Comment